Saturday, July 30, 2011

Khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan



Khutbah Rasulullah menjelang Ramadhan.
Ustaz D.Cahyono Bin Nurdin
Imam Masjid Universiti Teknologi PETRONAS


Kaum Muslimin sidang Jumaat yang berbahagia.

Terlebih dahulu kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt. Yang telah memanjangkan usia kita, dengan penuh kenikmatan keimanan dan keamanan, sampailah kita berada di penghujung bulan ogos, hanya tinggal sehari lagi Rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51,

Syukurilah nikmat kemerdekaan ini kerana ianya salah satu nikmat yang Allah berikan, dan hayatilah makna kemerdekaan yang sebenarnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Merdeka adalah membebaskan diri daripada belenggu nafsu, kamu belum merdeka selagi nafsumu tidak tunduk kepada agama yang aku bawa. Allah Berfirman : Sesungguhnya nafsu itu boleh mengeret seseorang untuk melakukan keburukan. Merdeka adaalah bebas dari penghambaan kepada nafsu.

Juga kita berada dipenghujung bulan Sya’ban, hanya tinggal 2 hari lagi kita akan sampai ke bulan yang mulia bulan yang penuh keberkatan, bulan yang menjanjikan keampunan dan pelepasan dari dosa kita, iaitu bulan suci Ramadhan.

Di bulan Ramadhan ini kita di wajibkan berpuasa, puasa sebagai arena dan sarana melatih diri menjadi insan taqwa. Sebagaimana Firman Allah dalam surat Al-Baqarah 183.



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan puasa itu, ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Sidang jumaat yang mengharapkan keridhaan Allah SWT.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan kehadirannya oleh ummat Islam, kerana di bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik untuk meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah yang penuh keberkatan, bulan maghfiran bulan keampunan, sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya berbagai ibadah serentak dilakukan, iaitu ibadah solat , zakat dan puasa dan pahalanya pula di lipat gandakan.

Rasulullah saw. Apabila menjelang kedatangan ramadhan beliau berkhutbah memberi motovasi kepada para sahabat dan ummat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan penuh kesungguhan dan harapan. Sebagaimana dalam sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih;


Dia menjawab kepada hanba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya, ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).

Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat nanti).

Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
(Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari ketika itu, banyak kaki-kaki tergelincir.
Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."

Sidang Jumaat yang berbahagian begitulah sebahagian isi khutbah Rasulullah menjelang kedatangannya bulan suci ramadhan, penuh dengan pengajaran, sarat dengan nasihat, mengobarkan semangat beramal ibadah serta motifasi supaya umatnya menggunakan peluang dan kesempatan yang ada di bulan Ramadhan, mari kita rebut peluang dan kesempatan yang baik ini, semoga kita di beri kekuatan Iman kesehatan badan untuk melakukannya. Amin.



Khutbah ke 2.

Muqaddimah….

Sidang jumaat yang berbahagia mari kita perhatikan Sabda Rasulullah SAW.

Kalaulah umatku tahu akan kebaikan , peluang dan kesempatan di bulan Ramadhan , niscaya ummatku akan menginginkan ramadhan itu satu tahun . kerana kebaikannya di lipat gandakan, dosa diampunkan, doa di kabulkan, dan syurga merindukan orang yang sedang berpuasa.


Syurga merindukan kepada 4 golongan manusia, iaitu yang membaca Al- Quran, yang memberi makan kepada yang berpuasa, yang menjaga lisan dan yang berpuasa di bulan ramadhan,

Sumber : http://www.rakanmasjid.com/artikel/26-khutbah-jumaat/192-khutbah-rasulullah-menjelang-ramadhan.html

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Bahang ramadhan kian terasa saat syaaban menampil diri dan tanpa sedar berlari meninggalkan kita merentas hari dan waktu tanpa perlu kita menghitung dalam kiraan panjang kehidupa.

Ramadhan bakal datang menjengah diri dalam rekahan nafsu insan yang bergelodak sepanjang musim dalam diam meriak kesedaran buat mukmin yang patuh pada yang maha khalik

Ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan takbir...

Syukur pada ilahi kerana ramadhan masih sempat di tempuhi...


JADUAL HARIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


4.00 a.m.

  • Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
  • “ Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
  • Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
  • Mandi dan membersihkan diri.
  • Mengambil whudu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

1. 4.20 a.m.

    • Solat sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
      • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
      • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
      • Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

    • Solat sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
      • Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun,
      • Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
      • Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

    • Solat sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala
      • Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah
      • Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali
      • Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

    • Solat sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.

    • Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

  1. 5.00 a.m
    • Makan sahur
    • Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.

  1. 5.30 a.m.

    • Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.
    • Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

  1. 7.00 a.m.

    • Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.
    • Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.
    • Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

  1. 10.00 a.m.

    • Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
    • Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
      • Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

  1. 12.45

    • Bersiap untuk solat Zohor.
    • Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
    • Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

  1. 4.15 p.m.
    • Bersedia untuk solat Asar.
    • Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
    • Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

  1. 5.30 p.m.
    • Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

  1. 6.30 p.m.

    • Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
    • Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :
    • “ Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”
    • Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.
    • Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
    • maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

  1. 8.00 p.m.

    • Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
    • Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan

  1. 11.00 p.m.

    • Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
    • “ Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok, untuk menunaikan Puasa Ramadhan yang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.
    • Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
    • Bacalah doa tidur : Ertinya : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

SELAMAT BERAMAL

Dipetik dan diubahsuai daripada: http://www.slideshare.net/kheru2006/ramadhan-presentation-560559



MENCARI SINAR ABADI



Ketenangan itu kedamaian,

kedamaian itu kebahagiaan,

kebahagiaan itu keseronokan,

keseronokan itu kegembiraan,

kegembiraan itu kesukaan,

kesukaan itu kecantikan,

kecantikan itu keindahan,

keindahan itu kemanisan,


kini,

ketenangan telah dirampas,

kebahagiaan diragut,

kebahagiaan dirompak,

keseronakan dicuri,

kegembiraaan dimusnahkan,

kesukaan dilenyapkan,

kecantikan dihapuskan,

keindahan dipadamkan,


nafsu membaluti diri,

dosa menyelubungi,

riak mencengkam diri,

takabbur meresapi,

ujub menikam hati,


Istighfar itu menghulur ketenangan,

Zikrullah menghadiahkan kedamaian,

Tahajjud membuahkan kemanisan,

Tawajuh mengakui keagungan,

Tawaduk melahirkan rasa kehambaan,


Ujian itu tarbiyyah daripada-Nya,

Dugaan itu tanda kasih-Nya,

Cubaan itu bukti sayang-Nya,

Kepahitan itu penawar daripada-Nya.


Redhakan dirimu dengan takdir-Nya,

Ikhlaskan hatimu dengan ketetapan-Nya,

Pasrahkan jiwamu dengan ketentuan-Nya,

Sabarkan jasadmu dengan tarbiyah-Nya,


Suatu masa,

Sayang-Nya akan menyapa,

Kasih-Nya akan menerpa,

Cinta-Nya akan bercahaya,

Rindu-Nya akan tiba,


Saat itu baru kusedar,

Cinta-Nya tak pernah pudar,

Kasih-Nya sentiasa mekar,

Sayang-Nya selalu menyinar,

Rindu-Nya adalah benar,


Di laluan sunyi lagi sepi,

Berteman setia onak dan duri,

Kuterus berjalan menyusuri,

Perjalanan yang pahit tak terperi,

Untukku mencari sinar abadi.


Saat ini,

Kubentangkan sejadah hati,

Bersama nawaitu yang tulus suci,

Mengakui keagungan dan kebesaran-Mu ya Ilahi,

Akhirnya kutemui sinar abadi.



Hak Cipta Terpelihara

Nukilan:

Siti Faridah Said

(Faridatul Iman)