Friday, August 1, 2008

LELAKI ACUAN AL-QURAN..IMPIAN HATIKU

  • Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
    Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
    Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
    Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
    Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
    Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
    Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu....

  • Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
    Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
    Y ang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
    Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
    Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai MusuhYang Bersifat Jembalang

  • Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibu bapanya
    dan Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
    Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
    Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
    Yang Mengamalkan Hidup Penuh KesederhanaanKerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

  • Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
    Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
    Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
    Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

  • Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
    Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
    Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
    Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
    Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
    Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

  • Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
    Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
    Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
    Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

  • Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah TerpesonaDengan Buaian
    DuniaKerana Dia Mengimpikan Syurga
    Di Situlah Rumah ImpiannyaBersama Wanita Acuan Al-Quran.

0 comments: