Friday, August 1, 2008

"WAHAI DIRIKU FARIDATUL.... MENGERTILAH

Diriku, Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,Tersentuh dengan daulatNya, Merasa terpikul amanah ad-Deen ini..Diriku…Seringkah kau mencari jalan Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya...Agar sentiasa sedar akan keagunganNyaI..nsafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..?Ketahuilah diriku,Hatimu itu keras, khusyukmu kurang..Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya...Terlalu banyak kurang dan salahmu..Diriku..Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang...Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan Padanya ada bekalan...Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini...Diriku…Pada nawafil dan amalan sunat, Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu..Pada qiamullail di keheningan malam, Bersama bisikan doa dan munajatmu, Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan,,,Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya...Di situ ada bekalnya..Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat...Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie....Diriku..Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah, Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat, Ada ketenangan dan kekuatan.....Diriku..Amanahlah kau di hadapan manusia, Kerana kedaulatan Tuhanmu....Namun rasailah kekerdilan dirimu....Di hadapan kudrat dan iradatNya
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN"

0 comments: