skip to main |
skip to sidebar

- Ya Allah…Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku Yg Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yg Maha Mengerti Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan Ya Allah Yg Tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya TuhankuPasrahkan lah aku dengan takdir Mu.
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui Segala yang terbaik buat hamba Mu ini
Ya AllahCukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirianDi dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku....Seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redai Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh AMIN
0 comments:
Post a Comment