Thursday, July 31, 2008

Cinta Itu Fitrah

Saya tidak menafikan fitrah mencintai sesama insan. Cuma saya galakkan diri untuk berfikir status ibadah kita yang mana dalam masa yang sama sedang mendamba cinta insani melebihi dambaan pada cinta hakiki.Jikalau kita masih berkasih-kasihan dengannya, mengucap kata rindu dan sayang kita padanya melebihi kata rindu dan sayang kita padaNYA, melaporkan setiap geri tindakan kita padanya setiap saat melebihi ‘laporan’ kita padaNYA, jadi apakah status sebenar ‘percintaan secara islami’ yang kita war-war kan? Tidakkah ia kelihatan seperti ibadah kita terarah kepada si dia? Jika ya, masih relevankah istilah couple, ‘bercinta secara islami’ atau mungkin ‘pertunangan dengan hati’ untuk kita terus tegakkan sebagai sesuatu yang ‘fitrah’ dan dibolehkan didalam islam?Saya tidak katakan disini perasaan mencintai seseorang itu suatu kehinaan. Dan tidak saya katakan ‘pertunangan dengan hati’ itu tiada dalam islam. Tapi, saya mengajak sahabat-sahabat terutaman sahibah sekalian sama-sama bermuhasabah tentang tindakan kita mengawal setiap perlakuan kita untuk tidak mengikut tuntutan perasaan dan mencari cara yang betul-betul diredhai ALLAH swt dalam melayari setiap ikatan perasaan.

"Dan juga kaum Ad dan Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka lalu ia menghalangi mereka dari jalan (ALLAH), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Ankabut,Surah ke-29,ayat 38)

Muslimah cintanya pada yang haq‘Muslimah cintanya pada yang haq.. ucapkanlah rindu dan cinta hanya kepada yang berhak. tunggulah sehingga dia menjadi hak kamu..’ beritahu saya tentang pandangan saya kepada seorang sahabat yang mengalami masalah untuk memberi jawapan ‘kasih’ pada seseorang.‘Habis macamana dia nak tahu ana betul-betul sayang padanya? Macamana nak yakinkan dia sebelum kami kahwin tanpa ucapan? Nanti dia tak mahu ana sebab tak yakin…’ soalnya kembali.Saya hanya tersenyum. Ya muslimah, kita terkenal dalam kelembutan hati. Namun, jangan kita korbankan keyakinan kita padaNYA hanya kerana takut kehilangan ‘dia’ yang kita dambakan sebagai suami, imam kita dalam melayari kehidupan seterusnya. Perkahwinan itu atas aturannya. Benar, kita perlu berusaha, namun tak bermakna dalam kita ‘berusaha’ untuk penyatuan, kita boleh campur adukkan yang haq dan yang batil. Matlamat tidak sekali-kali menghalalkan cara.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahuinya.”~Surah Al-Baqarah, ayat 42~

Ucapan sememangnya menzahirkan apa yang tersirat, namun, perlu juga diingat ucapan kita nanti mampu mengundang pelbagai permasalahan terutamanya kedalam hati kita dan pasangan. Kerana belum masanya untuk berlebih-lebihan. Ya, mungkin kita menolak untuk ber’dating’, bersembang di telefon, atau apa sahaja, namun jangan kerana pengucapan yang sekali itu bisa membawa kerosakan kedalam hati kita kelak, walau hanya sebuah sms, mesej email atau sebagainya, kerana ia mampu mengunandang kepada permasalahan yang lebih besar.Islam punya aturan yang cukup indah dalam menyatukan dua perasaan. Ada nya lamaran, pertunangan dan kemudian membawa perkahwinan. Setiap satu ada ‘guideline’ yang cukup sempurna untuk diikuti. Perlu diingat, perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa bagi meraih cintaNYA dalam melengkapkan diri sebagai muslim, bukan atas tuntutan nafsu. Jika sudah yakin itu jodohnya, islam anjurkan pertunangan, satu tempoh taaruf bagi satu pasangan namun dalam keadaan yang terpelihara suasananya.

Ramai orang berpandangan,Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,Tanpa perkenalan, mustahil keserasian dikesan ,Mereka sebenarnya terlepas pandang,Dalam islam ada taaruf dalam tempoh RISIK dan bertunang,Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,Taaruf itulah mendedahkan keserasian,Cuma takrif ’taaruf’ dan ’serasi’ dalam fikiran manusia berlainan,Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan,Terjaga dan terpelihara dari kemaksiatan,Bukan taaruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, Bukan serasi dengan kehendak pasangan,Cinta ar-Rahman menjana kebahagiaan, Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan-novel ’Tautan Hati’, Karya Fatimah Syarha-

Jika sudah jodoh, ia pasti tidak kemana, jika bukan jodoh, luahkan lah rindu dan sayang setiap minit sekalipun, namun tetap tidak bersatu. Hanya mengundang perasaan yang bukan-bukan, dan membuka beribu pintu maksiat. Mengundang murkaNYA, menjauhkan diri kita denganNYA…adakah itu yang kita benar-benar mahukan? Nauzubillahiminzalik…


Sembunyi dan berhubunglah dengan hati. Jika seseorang meluahkan perasaannya pada kita secara direct atau indirect, maka suruhlah dia mengikut syariat, jumpa ibu bapa. Dan sama-samalah beristikharah, supaya kelak jawapannya kita benar-benar yakin kerana datangnya dari ALLAH swt. Ada satu du’a yang saya perolehi dari buku baik bagi seseorang untuk diamal kan jika ada orang yang menyatakan cinta kepadanya :

moga cinta kita hanya keranaNYA dan tidaklah berlebih-lebihan.Saya yakin yang manusia berhubung dengan hati. Hatilah perkara utama. Jika belum menjadi hak, tetapi sudah yakin dialah calon kita, maka kirimkan lah ucapan rindu dan kasih melalui hati, dalam setiap doa dan solat. Sampaikan melalui DIA yang mencipta dan melahirkan setiap perasaan kita, moga perasaan rindu kita dialirkan dijalan yang paling ALLAH swt redhai, semoga cinta dan sayang ini bersatu di bawah kasihNYA.Apa-apapun, pandangan saya yang dapat saya simpulkan, cinta yang paling diredhai oleh ALLAH swt adalah apabila kita menyemainya dari sebuah perkahwinan. Tidak salah menyukai seseorang sebelum berkahwin, itu lumrah, namun, leraikanlah setiapnya setelah benar-benar menjadi hak, setelah berkahwin.

Alangkah seringnyaMentergesai kenikmatan tanpa ikatan Membuat detik-detik depan terasa hambar. Belajarlah dari ahli puasa. Ada dua kebahagiaan baginya. Saat berbuka Dan saat Allah menyapa lembut memberikan pahala..Inilah puasa panjang syahwatku. Kekuatan pada menahan Dan rasa nikmat itu bakal kurasa. Diwaktu buka yang penuh kejutan -Salim A.Fillah(Buku: Nikmatnya berpacaran selepas pernikahan)-~dari studiomuslim.com~

Buat muslimin pula, hmm.. jika benar suka, datanglah merisik pada ibu bapa, jangan terus-terusan meluahkan, kerana bisa membuat sesetengah muslimah tak keruan. Hendak menolak, takut berkecil hati, hendak menerima, entah bagaimana. Jika bertemu ibubapa, mudah sedikit kerja kami, jika tidak mahu, biar ibu bapa yang beritahu, lebih terjaga suasana dan setiap perasaan kita, jika muslimah berdiam, biar ibubapa muslimah itu juga yang menyatakan persetujuannya. Tidaklah merah sangat muka muslimah nanti dibuatnya. Dan jika sudah diterima, jangan pula meminta-minta mahupun memberi kata-kata rindu dan cinta sebelum masanya. Sembunyilah bersama kami, menyulam rindu dan kasih dalam redhaNYA. Diam muslimah kerana cintanya pada muslimin kerana ALLAH swt. Cintanya tersedia dan tersimpan kemas untuk kalian selepas perkahwinan. Biarlah semuanya dibongkarkan dalam sebuah perhubungan yang paling di tinggi darjat keredhaan ALLAH swt iaitu sebuah perkahwinan.


SEMBUNYI
Sembunyilah rembulan andai gelap malam menenangkanmu di atas sana
Sembunyilah mentari andai lebat hujan penuh keberkatanNYA
Sembunyilah arjuna andai hasratmu masih menggunung tinggi
Teruslah bersembunyi dibelantara kehidupan mu
kerana aku jua selesa bersenang-senang di rimba persembunyian
kulantaran yakin ku berkali-kalipada ketentuan dan ketetapan ILAHI
detik paling tepat nanti kita dengan penuh rela hati tanpa ragu dan simpati
akan terkeluar jua dari persembunyian yang maha panjang ini
_dipetik dari Berita Mingguan Malaysia_

Wallahua’lam..Ana faqir ila ALLAH swt
“O Allah the Beloved One,I ask You to make me a lover of You,a lover of everyone who loves You,and a lover of any action that may bring me closer of loving You.”

0 comments: